Sunday, April 4, 2010

ada apa dengan cinta?

raja satria jiwa raga,
lelaki yang satu satunya meragut nyawa

sesungguhnya perit untuk aku komplikasi
yang sebagaimana sehari siang bagaikan terhenti
yang biasanya semalaman gelap tak lagi berlari
waktu yang sekejap kini bagaikan berabad

sejujurnya aku hancur melihat kamu yang seolah tiada apa
yang sikit pun tak terkuis, tiada jiwa tiada cinta
 
dosakah yang aku minta
kalau hanya untuk bahagia?
kalau untuk hidup ketawa?

sucikah yang kau kerjakan
kalau dibiar hilang tanpa pesan?
kalau kau balas dengan menyakitkan?

mata yang hitam lebam, tangan yang terlepas gengam
hati yang terisi dendam, cinta yang hampir padam

apa lagi yang kau tak faham?
..

aku, sifatku
kamu, egomu

selemah lemah hawa menjadi yang kejam menyiksa
jadi haru mengila, biar apa asal terbela

yang adam patutnya berjaga
tapi dilupakan semua rasa bagai meredha

tidakah kau tahu yang aku derita?

apa lagi yang kau tak peka?

..

kalau cinta itu buta
biar aku bisu tuli segala
biar aku tak tahu mana silap, mana celarunya
biar aku tak tahu yang usaha aku sia sia
biar aku tak punya sesiapa, biar aku tak ada apa apa

if i am the one

mengapa kau tak berubah
ada apa dengan cinta(mu)?
mengapa aku mengalah
ada apa dengan cinta(ku)?

2 comments:

Momoe said...

uuuu~ the other side of wani.. hehe

wild bunny said...

hehe.it turns out pretty well kn.hehehehehehe